Kenapa Pilih Public Gold?


Kenapa perlu pilih Public Gold sebagai platform simpanan dan pelaburan emas fizikal? Di sini saya senaraikan 20 sebab kenapa Public Gold adalah syarikat pengeluar emas fizikal terbaik di negara ini.

(1) Harga mengikut harga semasa emas dunia.


Harga Public Gold dikira dalam USD/oz mengikut harga emas semasa dunia. Ia bukan harga kebanyakan syarikat pengeluar atau penjual emas fizikal di Malaysia. Turun naik harga emas juga mengikut harga ini yang biasanya lebih murah dari harga yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat di Malaysia. Harga ini boleh dirujuk kepada graf di www.kitco.com.

 

(2) Harga segram yang murah.


Item emas Public Gold samada gold bar atau dinar berketulenan 999.99. Semakin besar item, semakin murah pula harga segram. Harga ini digunapakai oleh semua lapisan pelanggan Public Gold samada yang membeli sebagai pelanggan biasa atau pun dealer.

 

(3) Harga setimpal dengan berat emas.


Public Gold tiada yuran pendaftaran. Apabila seseorang pelanggan membayar sejumlah wang kepada Public Gold, pelanggan itu akan mendapat gram emas yang setimpal dengan jumlah yang dibayar. Ini memberi nilai sebenar kepada setiap sen yang dikeluarkan.

 

(4) Spread ternipis.


Item Public Gold juga dikenali kerana spreadnya yang sangat nipis antara 4% ke 10% sahaja. Semakin besar item, semakin nipis pula spreadnya. Spread akan menjadi semakin nipis jika diambil kira komisyen belian dan jualan dealer yang berjumlah 2.3% maksimum.

 

(5) Harga dikemaskini setiap 20 minit.


Semakin kerap harga dikemaskini mengikut harga semasa emas dunia adalah semakin bagus dan memberi kelebihan kepada pembeli. Ini berlainan dengan syarikat-syarikat pengeluar emas lain yang tidak mengemaskini harganya sekerap Public Gold.

 

(6) Waktu urusniaga tanpa cuti.


Dengan platform online Public Gold, tiada waktu cuti samada siang atau malam sepanjang tahun. Para pelanggan boleh kekal berurusniaga dengan menggunakan website www.publicgold.com.my

 

(7) Boleh kunci harga.


Para pelanggan boleh mengunci harga samada untuk membeli atau menjual item emas milik mereka pada bila-bila masa 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Bayangkan apabila emas yang disandarkan pada harga semasa dunia yang berpusat di USA mula membuka harganya, waktu di Malaysia adalah di tengah malam. Dengan kunci harga, kita tidak akan terlepas harga terbaik samada untuk membeli atau menjual. Bila harga sudah dikunci, apa-apa yang berlaku selepas itu, kita hanya akan berurusniaga menggunakan harga yang telah kita kunci.

 

(8) Branch seluruh negara.


Sesuai dengannya perniagaan emas fizikal, branch Public Gold di seluruh negara memudahkan para pelanggannya untuk mengambil item emasnya ataupun menyerahkan item emas apabila membuat jualan balik kepada Public Gold.

 

(9) Kesediaan item emas pada apa jumlah belian.


Ibu pejabat Public Gold di Pulau Pinang sentiasa aktif menyediakan item emas yang dibeli oleh para pelanggan tanpa putus. Saya sendiri pernah menguruskan pembelian dari pelanggan saya berjumlah 24 kg (kira-kira RM3.5 Juta). Public Gold tidak menghadapi masalah menyediakan stok sebesar itu walaupun dalam waktu yang sama ia mesti memenuhi permintaan belian dari beribu-ribu lagi pelanggannya di seluruh negara.

 

(10) Pembayaran harga ketika jualan balik.


Apabila kita menjual balik item emas kita kepada Public Gold, mereka tidak akan beralasan kepada untuk membayar harganya walau berapa saja jumlahnya. Ini menunjukkan bahawa Publik Gold mempunyai rekod kewangan yang sangat kukuh.

 

(11) Produk yang diiktiraf LBMA.


Semua item emas Public Gold diiktiraf oleh London Bullion Market Association. LBMA adalah badan pengiktiraf emas sedunia. Antara kelebihannya ialah emas Public Gold dikenali di serata dunia. Bawalah ke mana sahaja, ianya bukan masalah.

 

(12) Produk bebas GST.


Semua item emas Public Gold adalah dikecualikan dari cukai GST. Ini kerana ia memenuhi kriteria Investment Precious Metal. Anda akan jimat 6% sekurang-kurangnya apabila membeli dari Public Gold berbanding di tempat lain.

 

(13) Syarikat yang stabil.


Public Gold mula beroperasi sejak 2008. Ini bermakna pada tahun ini ia telah berusia 7 tahun. Banyak syarikat-syarikat penjual emas lain yang lahir sezaman dengannya telah pun berkubur. Mungkin kerana mereka tidak stabil dari segala sudut. Berbeza dengan Public Gold, satu jenama yang dikenali ramai paling praktikal dan selamat untuk membeli emas simpanan dan pelaburan.

 

(14) Syarikat yang bebas isu undang-undang.


Cara paling senang untuk membuat tapisan samada syarikat emas yang kita berurusniaga itu ada masalah undang-undang atau tidak ialah dengan memeriksa watchlist Bank Negara Malaysia. Boleh terus ke www.bnm.gov.my untuk melihat samada nama Public Gold ada tersenarai atau tidak.

 

(15) Syarikat yang telah berkembang pesat.


Selain Semenanjung Maaysia dan Sabah serta Sarawak, Public Gold telah berkembang ke negara serantau seperti Singapura, Brunei dan Vietnam. Pada masa depan Public Gold telah merangka untuk meluaskan perniagaannya ke seluruh dunia.

 

(16) Model perniagaan yang telus.


Public Gold hanya menjual dan membeli emas fizikal. Ia tidak menawarkan apa saja bentuk skim cepat kaya dengan emas ataupun pulangan tetap kepada para pelanggannya. Misinya ialah untuk mendidik masyarakat supaya celik emas dengan menjadikannya sebagai pelindung kekaayaan.

 

(17) Mendidik secara PERCUMA.


Public Gold giat menganjurkan seminar di seluruh negara untuk mendidik warga Malaysia tentang kepentingan menyimpan emas fizikal dan juga beberapa cara untuk kaya berjaya dengan emas fizikal. Semua ini adalah tanpa bayaran. Tidak cukup dengan itu, kadang-kadang para peserta berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa emas fizikal.

 

(18) Peti simpanan keselamatan.


Public Gold ada menyediakan peti simpanan keselamatan untuk para pelanggannya menyimpan emas fizikal mereka dengan selamat. Ia samada milik Public Gold sendiri ataupun rakan perniagaannya di seluruh negara.

 

(19) Khidmat Ar-Rahnu.


Setakat ini sudah ada 10 syarikat Ar-Rahnu di seluruh negara yang menjadi rakan perniagaan Public Gold. Jadi anda tidak perlu bimbang sekiranya anda memerlukan khidmat gadaian secara Islam. Walaupun item emas Public Gold tidak boleh dibuka ‘sealed’nya, rangkaian Ar-Rahnu yang 10 tadi tetap menerimanya.

 

(20) Produk GAP.


Bagi yang mempunya masalah untuk menyimpan sendiri item emas yang dibelinya, Public Gold meneydiakan Gold Accumulation Program (GAP) yang menyimpan emas fizikal milik para pelanggannya tanpa caj sehinggalah item emas itu diambil oleh para pelanggannya.

 

Sebab itu saya amat yakin dengan Public Gold. Anda bagaimana?

Kredit: Khairul Anuar Basri